Sunday, April 06, 2025

headlines

    5:

Slider[Style1]

  •   1.Medical grade deemed by Japanese government 2.Plates are designed to an easy access standard and are made to be looked at and serviced on...

  • Mafla Palestine MAFLA PALESTINE untuk dijual kepada yang berminat sebagai tanda keperihatinan kita kepada umat islam di tanah suci ketiga bagi u...

  • Bismillah, pen bekam Stainless Steel sangat sesuai dan amat mudah digunakan untuk therapy bekam berbanding kaedah tradisional menggunakan mata pisau...

  • Sertifikasi dan Ionizer Comparison Here is the 50 reasons where other Ionizer producers DONT DARE TO COMPARE: The ONLY Ionizer wh...

Style2

Air Kangen

Style3[OneLeft]

Bekam

Style3[OneRight]

AMZA produk

Style4

Supliment

Style5

Kesihatan

Zamzam tiruan tercemar.
Kuala Lumpur: Penjualan air zamzam di negara ini adalah tidak dibenarkan, sebaliknya pengedarannya secara percuma oleh kerajaan Arab Saudi hanya diberikan kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah bersetuju supaya KKM mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam memandangkan ia di bawah bidang kuasanya.

"Penjualan air zamzam tidak dibenarkan di Malaysia dan selaras dengan itu KKM sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualannya berdasarkan Seksyen 4(1)(f), Akta Makanan 1983. Hasil penguatkuasaan sejak 2012 sehingga kini air zamzam bernilai RM30,098.30 telah dirampas.

"KKM kini sedang meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan air zamzam yang dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan muka hadapan Harian Metro Isnin lalu mengenai kewujudan sekurang-kurangnya tiga jenama air zamzam yang dijual di negara ini diragui ketulenannya, malah ujian kimia yang dilakukan turut mendapati satu daripada jenama berkenaan sudah tercemar.

Ujian dilakukan di Melaka Biotechnology Corporation (Biotech Melaka) dan tiga sampel air zamzam itu pada harga RM6 hingga RM10 sebotol yang beratnya 350 mililiter (ml) dan 500ml.

Ketiga-tiga sampel itu dibeli wartawan Harian Metro di lokasi berasingan dengan ketiga-tiganya dilabel sebagai air zamzam yang diimport dari Arab Saudi.

Dalam laporan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Biotech Badrul Hisham Badrudin memberitahu, hasil ujian amat mengejutkan kerana kandungan jumlah pepejal terlarut (TDS) di dalam tiga jenama air zamzam itu lebih rendah berbanding TDS air zamzam tulen.

Mengulas lanjut Noor Hisham berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kami sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna tambahan pula pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport," katanya.

Tegasnya, sekiranya pengguna mendapati ada penjualan air zamzam di pasaran, mereka boleh membuat aduan di Pejabat Kesihatan Daerah atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 8:13 PM
sumber metro

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
This is the most recent post.
»
Previous
See What Happens When You Drink Water On An Empty Stomach!

No comments:

Post a Comment