CADANGAN PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA
Cadangan penggunaan:
1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram
sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada
waktu malam sebelum tidur.
2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram
setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam
sebelum tidur.
3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram
lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak
1 sudu teh.
4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali
sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum
tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram
hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu
300ml atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta
akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang
telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic.
5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras
kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia
berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu
berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).
6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh
sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram
sehari.
7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang
50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat
mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila
dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25
gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika
pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) .
Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum
bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul
bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2
sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.
11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.
12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.
13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk
bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain.
Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.
14. Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara
yang paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum
arabic adalah dengan cara berikut:
i. Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7
hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit
gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas, kemudian
biarkan sejuk.
ii. Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang
rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air tersebut dengan 2
sudu gum arabic.
iii. Dicampur ½ sudu teh molasses (jika ada sakit kencing manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan ¼ sudu teh)
* Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati
di kedai yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah
rendah & pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.
** Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.
*** Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan dengan
banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum Arabic,
seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minum Gum
Arabic.
*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT*
*Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda.
*Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.
sumber rujukan web ustaz mohamad
Cadangan Penggunaan Gum Arabic

No comments: