Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Kepentingan mengekalkan hidrasi tubuh


Kita perlukan 30ml X berat(kg) air puteh setiap hari
TUBUH badan manusia terdiri daripada 75 peratus air manakala selebihnya 25 peratus adalah bahan pepejal.

Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75 peratus air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.

Kebanyakan daripada kita tidak menyedari akan peri pentingnya untuk mengekalkan kelembapan badan terutama sekali jika mengamalkan gaya hidup aktif.

Keperluan badan terhadap cecair (air) meningkat di dalam persekitaran panas dan lembap seperti halnya di Malaysia di mana, badan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak sekali gus meningkatkan kadar kehilangan air.

Ambil sahaja contoh mudah, tumbuh- tumbuhan yang anda tanam di halaman rumah. Anda menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut dan membajanya dengan baik sekali.

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak menyiraminya selama seminggu? Ia akan menjadi layu, bukan?

Itulah juga yang akan terjadi kepada tubuh badan kita jika tidak dihidrasi (diberikan air atau tidak mendapat kelembapan) sebagaimana yang sepatutnya.

Kadang-kala, dalam iklim yang lebih sejuk mahu pun persekitaran berhawa dingin, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan suhu badan, semakin bertambahlah cecair yang diperlukan.

Justeru, adalah sangat penting bagi kita untuk minum, tidak kiralah sama ada ia air masak, jus, minuman isotonik, susu mahu pun memakan buah-buahan serta sayur- sayuran yang secukupnya.

Peranan air di dalam badan kita :-
  • Air membantu hampir kebanyakan anggota badan manusia untuk berfungsi secara berkesan. Kita perlu memahami peranannya di dalam badan.
  • Otak kita adalah 75 peratus air manakala darah, tulang dan otot-otot masing- masing mewakili sebanyak 92, 22 dan 75 peratus air
  • Air penting untuk pernafasan dan mengawal atur suhu badan
  • Air juga penting bagi melindungi dan ‘melapik’ organ-organ utama termasuklah sendi tulang
  • Di samping itu, air membawa nutrien (zat makanan) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien
  • Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkirkan bahan-bahan sisa yang tidak dikehendaki.
Tanda-tanda penyahhidratan

Kesan penyahhidaratan boleh muncul dalam pelbagai bentuk dari dahaga dan lemah kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, penyahhidratan boleh membawa kepada koma dan akhirnya mengundang maut.

Berikut adalah tanda-tanda penyahhidaratan yang berbeza-beza di antara setiap individu.

Penyahhidratan yang tidak begitu kuat
  • Rasa dahaga
  • Sakit kepala kesan daripada tekanan atau stres mental dan/atau fizikal yang boleh berpunca daripada tidak mendapat bekalan air mencukupi
  • Mengalami keadaan letih lesu. Ini terjadi kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair
  • Mulut dan tekak terasa kering
Penyahhidratan sederhana
  • Rasa keliru, terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara seseorang membuat keputusan. Ini kerana, otak mengalami penghidratan yang sangat lemah yang mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala serius
  • Degupan jantung menjadi kencang, pening kepala, mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada penurunan darah
  • Rasa lemah dan tidak bertenaga disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair di mana jumlah darah boleh menurun sekali gus menjejaskan prestasi dan rutin seharian kita
  • Air kencing menjadi sangat pekat tetapi jumlah pengeluarannya merosot
Penyahhidratan teruk
  • Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin atau bahan racun dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa. Akibatnya, buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin-toksin itu
  • Lidah bengkak
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan
  • Rasa lemah, tidak bermaya tambah ketara
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin.
Untuk hidrasi sewajarnya, adalah disarankan agar anda minum pelbagai jenis cecair termasuk air, susu, minuman isotonik, jus buah-buahan, sup, minuman dengan rasa buah-buahan atau mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran segar dalam jumlah cecair dibenarkan, mengikut saranan.

Minuman isotonik memang mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hidrasi terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Minuman isotonik yang mengandungi karbohidrat membantu menggantikan semula tenaga yang hilang manakala natrium bukan hanya menambahkan keenakan rasa cecair tetapi juga meningkatkan sensasi dahaga.

Ia turut membantu memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan.

Sementara itu, kalium, klorida dan magnesium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.

Mesejnya

Matlamat utamanya adalah untuk kekal berada dalam keadaan terhidrasi yang secukupnya kerana dengan cara itu, suhu badan kita mampu dikawal atur.

Dalam masa yang sama, bahan-bahan buangan dapat disingkirkan dari badan manakala sendi, organ serta tisu badan kita pula mendapat perlindungannya dalam usaha mengekalkan gaya hidup sihat.

Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh: MARY EASAW-JOHN

Bahaya berfikiran negatif


Pikiran Negatif Ternyata Tidak Baik Bagi Kesehatan

Dalam Buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” (By: Dr. Masaru Emoto) disimpulkan bahwa :

1. MARAH selama 5 menit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita mengalami depresi selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati.. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah)…..

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHAWATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri bahu atau pinggang.

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita bisa rentan terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa APATIS (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering MENGANGGAP MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini bisa mengakibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita bisa terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita bisa terkena penyakit Leukemia (kanker darah putih).




Bagaimana cara untuk mengatasi kesan sampingan dari perasaan ini..?

Perasaan adalah suatu yang mendatang, tidak terkawal bagaikan angin menghembus datang dan pergi, semua orang akan pasti merasai mara, sepi, sedih, suka dan duka silih berganti.

Inilah dinamakan ahwal atau hal-hal kejiwaan yang saling bertukar ganti, yang bahaya nya bila ianya mendominasi jiwa dan perasaan maka ia bukan lagi dikatakan sebagai ahwal atau hal yang datang dan pergi malah ia akan mengekal dan mendominasi perasaan seseorang. kekallah pemiliknya dalam maqam yang tertentu.

Ketika inilah kesan akan dirasai oleh seseorang, disinilah punca terjadinya masaalah rohani pada asalnya nanti akan terealisasi dan terialiti pada jasad jasmani,apabila roh membesar secara otomatik jasad akan mengecil dan sebaliknya.

Apabila roh/semangat yang baik itu yang membesar maka kesan dan hasilnya dirasai dan nampak pada kehidupan dan jasadnya akan merasai nikmat tersebut, begitu juga sebaliknya.

Penyakit jasmani adalah asal puncanya dari pikiran dan kejiwaan, masaalah fikiran akan membawa kepada jasad yang menanggung, hampir kesemua penyakit berpunca dari fikiran, masaalah fikiran kerana kefahaman, silap faham adalah asal kepada segala permasaalahan.

Fahaman bertempat difikiran yang dikawal selenggara dari hati yang bersih putih suci murni, hati-hati sebeginilah yang membuatkan seseorang berada dalam kondisi yang dia pilih, apabila hati itu bersih maka segala simpulan yang disimpulkan oleh Dr. Masaru Emoto akan terelai dan tertanggal, sekurang-kurangnya doa ini sebagai penawarnya.....

Inilah antara kunci kebahagian, ada tiga benda yang kesanya lebih teruk dan lebih bahaya dari tiada makanan atau tiada minuman, terlampau amat marah, terlampau dukacita dan terlampau takut. Doa diatas adalah doa yang diajarkan oleh Sidnanabi kepada umatnya agar sehat zahir dan bathin. Wallahuaklam.



Top