Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

See What Happens When You Drink Water On An Empty Stomach!

People in Japan usually drink water right after they wake up. Numerous studies have confirmed the advantage of this habit. This morning routine has healing effect and provides positive results regarding different serious diseases.

There is evidence proving that drinking water on an empty stomach can be amazingly helpful in treating numerous diseases, including: headache, pain in any part of the body, cardiovascular disorders and diseases, tachycardia, epilepsy, increased blood fat levels, bronchitis, asthma, tuberculosis, meningitis, kidney and urinary tract diseases, vomitting, gastritis, diarrhea, hemorrhoids, diabetes, constipation, eye and vision problems, uterine diseases, menstrual disorders, diseases and conditions effecting the ear, nose, and throat

 Drink Water On An Empty Stomach
Methods of treatment:
  • As soon as you wake up in the morning before you brush your teeth, drink 4 times per 160ml (640 ml) of water. (4x160ml)
  • Wash and brush your teeth, but do neither eat nor drink anything  in the next 45 minutes.
  • After 45 minutes you can normally eat and drink or you can have your regular breakfast
  • After the breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for two hours.
  • Those that are old and sick and unable to drink 4 glasses of water on an empty stomach, can begin with drinking water as much as they can, and then each and every day increase the amount until they get to the necessary 640 ml of water.
  • This method will cure different diseases, and those who are healthy will enjoy the energy that is given to them from the water. 
How many days are required for this treatment?
  • High blood pressure – 30 days.
  • For gastritis – 10 days.
  • Diabetes – 30 days.
  • For constipation – 10 days.
  • TB (Tuberculosis) – 90 days.
Ideally, this method of drinking water on an empty stomach should be applied throughout life. So we can be healthy and full of energy. 

Attention: People diagnosed with arthritis should apply this method in the first three days of the week only, then make a break for a week, and start again, but this time every day of the week. This treatment will not have any side effects, except the frequent urination. So, drink water and stay active!

PLEASE DON’T IGNORE SHARE IT. THIS MIGHT SAVE YOURS SOMEONES LIFE…

Source : healthyfoodhouse.com

JERAWAT antara sintom dan diagnostik

Jerawat jgn dipicit
Penyakit adalah keadaan tidak normal atau kelainan pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.

Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai perubatan.

Dalam amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai suatu seni yang membezakan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam menentukan keadaan semulajadi penyakit. Biasanya hal ini dapat dilakukan setelah sejarah perubatan pesakit dan pemeriksaan fizikal dibuat. Seandainya keputusan tidak dapat disahkan, penyiasatan lanjut akan dibuat bagi membantu mengesahkannya.

Praktik perubatan dahulu kadang kala membezakan penyakit, yang mempunyai sebab khusus atau beberapa penyebab (dikenali sebagai etiologinya), berbeza dari sindrom, yang merupakan himpunan tanda dan/atau simptom yang berlaku serentak. Perbezaan takrif ini didapati kurang tepat kerana kebanyakan sindrom telah berjaya dikenal pasti. Pada masa yang sama, banyak istilah perubatan yang menggambarkan simptom atau ketidaknormalan, mungkin dirujuk sebagai penyakit dalam banyak konteks, terutama sekiranya punca penyakit tidak dapat dikenal pasti.

Simtoma, gejala , simptom atau simtom (dalam penyakit) ialah pengindikasian keberadaan sesuatu penyakit atau gangguan kesehatan yang tidak diinginkan, berbentuk tanda-tanda atau ciri-ciri penyakit dan dapat dirasakan, seperti misalnya perasaan mual atau pusing. Akan tetapi, ada hal yang tidak tercakup dalam pengertian istilah ini seperti halusinasi atau delusi, karena cara melakukan pengindikasian ini bertumpuk pada diri pelaku sering tanpa sadar, dan bukan hasil dari pengamatan yang dilakukan berdasarkan pemeriksaan kedokteran.

Pada intinya, suatu 'gejala' atau 'simtoma' adalah subjektif,diamati oleh seorang pasien, dan tidak mampu ditimbang atau diukur.

Selain itu, suatu simtoma atau gejala belum tentu terkait dengan penyakit, misalnya gejala-gejala kehamilan. Namun boleh diperdebatkan bahwa ini merupakan contoh penyalahgunaan istilah ini yang cukup sering terjadi sebab kebanyakan 'simtoma' atau 'gejala' serta sejarah istilah-istilah ini memang berhubungan dengan penyakit. Pemakaian istilah lain seperti 'indikasi', 'pratanda/tanda' ataupun 'anjuran' mungkin lebih tepat dalam situasi seperti kehamilan, dsb.

Mengikut tulisan Dr.Hasseenah dalam web kesihatan beliau jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Kombinasi sintom penyakit dan ilmu patologi sangat menolong mengdiagnosis pesakit. Diagnosis adalah cara mengidentifikasi sifat-sifat penyakit atau kondisi atau membezakan satu penyakit atau kondisi dari yang lainnya. Penilaian yang tepat hanya dapat dilakukan melalui pemeriksaan fizik, test laboratorium, atau seumpamanya, dan dapat dibantu oleh program komputer yang dirancang untuk memperbaiki proses pengambilan keputusan.

Kedudukan jerawat boleh digunapakai sebagai petunjuk awal apa yang berlaku pada sistem tubuh manusia, sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman.

Jerawat sering tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita yang ada masalah dalaman yang serius tapi tidak ada sebarang efek zahir berbentuk jerawat atau jeragat di kulit muka. Namun kesedaran menjaga kesihatan memainkan peranan penting, mungkin sedikit signal mampu memberi anta kesihatan yang tak ternilai.

Sila padankan number di atas pada wajah anda :)

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

Secara umumnya jerawat menjadi satu indikator atau petunjuk awal penyakit dan kelainan yang berlaku pada diri dan tubuh kita, ia setiap jaringan dan jaluran meridean saraf bersangkut paut antara satu sama lain dan bersambung jalur, titik-titik dan area dimana ia timbul akan menjadi petunjuk dan bermanfaat kepada orang yang memikir.

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Sumber naqolan dan saduran :-

- Artikel FB -Wikipedia - http://www.homeoint.org/articles/malay/diagnosis.htm -drhasseenah.com

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar 
perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

OBESITI DI MALAYSIA - APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Penyebab risiko pelbagai penyakit
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan  dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion  penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity

Obesiti di kalangan kanak –kanak & remaja

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak



Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar.

Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards  ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia

Kepentingan mengekalkan hidrasi tubuh


Kita perlukan 30ml X berat(kg) air puteh setiap hari
TUBUH badan manusia terdiri daripada 75 peratus air manakala selebihnya 25 peratus adalah bahan pepejal.

Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75 peratus air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.

Kebanyakan daripada kita tidak menyedari akan peri pentingnya untuk mengekalkan kelembapan badan terutama sekali jika mengamalkan gaya hidup aktif.

Keperluan badan terhadap cecair (air) meningkat di dalam persekitaran panas dan lembap seperti halnya di Malaysia di mana, badan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak sekali gus meningkatkan kadar kehilangan air.

Ambil sahaja contoh mudah, tumbuh- tumbuhan yang anda tanam di halaman rumah. Anda menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut dan membajanya dengan baik sekali.

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak menyiraminya selama seminggu? Ia akan menjadi layu, bukan?

Itulah juga yang akan terjadi kepada tubuh badan kita jika tidak dihidrasi (diberikan air atau tidak mendapat kelembapan) sebagaimana yang sepatutnya.

Kadang-kala, dalam iklim yang lebih sejuk mahu pun persekitaran berhawa dingin, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan suhu badan, semakin bertambahlah cecair yang diperlukan.

Justeru, adalah sangat penting bagi kita untuk minum, tidak kiralah sama ada ia air masak, jus, minuman isotonik, susu mahu pun memakan buah-buahan serta sayur- sayuran yang secukupnya.

Peranan air di dalam badan kita :-
  • Air membantu hampir kebanyakan anggota badan manusia untuk berfungsi secara berkesan. Kita perlu memahami peranannya di dalam badan.
  • Otak kita adalah 75 peratus air manakala darah, tulang dan otot-otot masing- masing mewakili sebanyak 92, 22 dan 75 peratus air
  • Air penting untuk pernafasan dan mengawal atur suhu badan
  • Air juga penting bagi melindungi dan ‘melapik’ organ-organ utama termasuklah sendi tulang
  • Di samping itu, air membawa nutrien (zat makanan) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien
  • Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkirkan bahan-bahan sisa yang tidak dikehendaki.
Tanda-tanda penyahhidratan

Kesan penyahhidaratan boleh muncul dalam pelbagai bentuk dari dahaga dan lemah kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, penyahhidratan boleh membawa kepada koma dan akhirnya mengundang maut.

Berikut adalah tanda-tanda penyahhidaratan yang berbeza-beza di antara setiap individu.

Penyahhidratan yang tidak begitu kuat
  • Rasa dahaga
  • Sakit kepala kesan daripada tekanan atau stres mental dan/atau fizikal yang boleh berpunca daripada tidak mendapat bekalan air mencukupi
  • Mengalami keadaan letih lesu. Ini terjadi kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair
  • Mulut dan tekak terasa kering
Penyahhidratan sederhana
  • Rasa keliru, terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara seseorang membuat keputusan. Ini kerana, otak mengalami penghidratan yang sangat lemah yang mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala serius
  • Degupan jantung menjadi kencang, pening kepala, mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada penurunan darah
  • Rasa lemah dan tidak bertenaga disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair di mana jumlah darah boleh menurun sekali gus menjejaskan prestasi dan rutin seharian kita
  • Air kencing menjadi sangat pekat tetapi jumlah pengeluarannya merosot
Penyahhidratan teruk
  • Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin atau bahan racun dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa. Akibatnya, buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin-toksin itu
  • Lidah bengkak
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan
  • Rasa lemah, tidak bermaya tambah ketara
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin.
Untuk hidrasi sewajarnya, adalah disarankan agar anda minum pelbagai jenis cecair termasuk air, susu, minuman isotonik, jus buah-buahan, sup, minuman dengan rasa buah-buahan atau mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran segar dalam jumlah cecair dibenarkan, mengikut saranan.

Minuman isotonik memang mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hidrasi terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Minuman isotonik yang mengandungi karbohidrat membantu menggantikan semula tenaga yang hilang manakala natrium bukan hanya menambahkan keenakan rasa cecair tetapi juga meningkatkan sensasi dahaga.

Ia turut membantu memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan.

Sementara itu, kalium, klorida dan magnesium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.

Mesejnya

Matlamat utamanya adalah untuk kekal berada dalam keadaan terhidrasi yang secukupnya kerana dengan cara itu, suhu badan kita mampu dikawal atur.

Dalam masa yang sama, bahan-bahan buangan dapat disingkirkan dari badan manakala sendi, organ serta tisu badan kita pula mendapat perlindungannya dalam usaha mengekalkan gaya hidup sihat.

Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh: MARY EASAW-JOHN

Masalah Gula Darah



SEBELUM, ini kita berbincang mengenai Disglisemia sebagai salah satu penyebab penyakit kencing manis jenis II. Hari ini kita akan membincangkan satu lagi teori menarik dan terbukti, dirujuk sebagai “hiperasiditi” (asid berlebihan) badan.

Penyakit degeneratif (Penuaan) dan hubungkait dengan hiperasiditi

Kebanyakan penyakit degeneratif adalah akibat sisa buangan asid yang menimbun dalam badan. Ketika dilahirkan, badan kita bebas daripada deposit sisa buangan asid. Kita mempunyai konsentrasi mineral alkali dan pH badan yang tertinggi. Apabila semakin tua, proses hidup yang biasa ialah kita beransur-ansur menjadi lebih berasid. Itulah sebabnya mengapa degeneratif tidak berlaku semasa muda. Ia lazimnya berlaku selepas umur 40 tahun. Perbezaan antara ketika berusia 20 tahun dan 40 tahun ialah anda telah mengumpul lebih banyak sisa berasid pada usia 40 berbanding 20 tahun.

Untuk mempertahankan kehidupan, badan mestilah mengekalkan suhu badan yang mantap dan nilai pH cecair badan yang malar dengan pH yang sedikit menjurus kepada alkali pada julat yang ketat iaitu 7.3 hingga 7.45. Jika miring walau sedikitpun kepada pH darah yang berasid, ia akan membawa maut, satu keadaan yang badan kita tidak akan membiarkannya berlaku. Untuk mencegah keadaan ini, badan dengan cepatnya akan menyelaraskan pH darah kembali semula ke pH yang beralkali melalui pelbagai mekanisme, seperti menggunakan mineral alkali dalam badan untuk meneutralisasikannya. Apabila mekanisme ini tidak dapat menangani permintaan, maka mekanisme lain akan memainkan peranan. Salah satu daripadanya ialah pemejalan kimia berasid, kemudian mendepositkan dalam tisu dan organ badan. Kolesterol dan asid urik yang terhablur adalah contoh asid yang memejal.

Faktor ketidakseimbangan asid badan

Gaya hidup dan tabiat makan yang tidak baik, pengambilan sayuran dan buah-buahan yang tidak mencukupi, mewujudkan ketidakseimbangan asid dan menyebabkan badan beransur-ansur menjadi berasid. Kita sentiasa sibuk dan sering mendesak badan habis-habisan untuk melakukan sesuatu. Kita berjaga sehingga larut malam dan esok pagi bangun awal untuk menunaikan tanggungjawab. Tekanan fizikal atau mental akan menjana lebih banyak sisa buangan berasid dalam badan. Pencemaran alam sekitar juga satu sebab pengasidan badan. Jika ini berterusan, ia akan membawa padah kepada kesihatan seperti arthritis, tekanan darah tinggi, kanser dan kencing manis (diabetes).

Dalam kes kencing manis, adalah dipercayai bahawa pankreas mengeluarkan salah satu cecair badan pH yang tertinggi dengan nilai pHnya 8.8. Kekurangan ion kalsium merencat pengeluaran dan pelepasan hormon insulin. Saluran darah yang tersumbat disebabkan oleh penimbunan asid juga melemahkan fungsi pankreas. Apabila semakin berumur, kita mengumpul produk sisa berasid, maka kecekapan pankreas juga berkurangan. Rupa-rupanya kita mengumpul sisa berasid di sekeliling pankreas, lebih-lebih lagi lelaki . Orang lelaki, mulanya akan mengumpul asid lemak di sekeliling pinggang .

Penjenisan Metabolik – Makanan yang baik untuk seseorang mungkin menjadi racun kepada orang lain.

Satu lagi teori yang terbukti tentang sebab-sebab keasidan darah dikenali dengan “teori penjenisan metabolik.” Berpengalaman sebagai pengamal semulajadi, saya dapati bahawa orang yang berlainan mempunyai jenis metabolik berbeza yang menentukan jenis diet manakah yang sesuai: sama ada jenis Karbo ataupun Protein. Keasidan atau kealkalian badan akan ditentukan oleh jenis makanan yang dimakan. Jika anda tidak memakan makanan mengikut jenis dominan anda, ini menyebabkan keasidan dan kealkalian darah yang akan membawa akibat buruk.

Pada umumnya kita terbahagi kepada dua jenis metabolik yang nyata, iaitu Jenis Pengoksidaan dan Autonomik. Pengoksidaan pula terbahagi kepada Pengoksidaan Cepat dan Perlahan manakala Jenis Autonomik disubkumpulankan kepada jenis-jenis simpati dan parasimpati. Kira-kira 70% daripada kes kencing manis yang saya uruskan termasuk dalam kategori Pengoksidaan Cepat atau Jenis Protein. Bagi yang mempunyai Pengoksidaan Cepat, memakan makanan yang tinggi karbohidrat akan menyebabkan darah berasid. Diet yang mengandungi protein yang tinggi dan lemak yang baik mutunya merupakan penyelesaian yang unggul bagi masalah mereka. Untuk menentukan jenis metabolik, anda perlu menjalani ujian selama dua jam termasuk ujian air kencing, air liur, darah, serta ujian profil tanda-tanda penting. Sebaik sahaja jenis dipastikan, anda akan dinasihatkan tentang diet yang sesuai.

Penyelesaian terhadap keadaan ini:

Kurangkan pengasidan dalam sistem dan alkalikan darah. Ini penting selain melakukan perubahan kepada gaya hidup, diet dan memakan suplemen untuk membantu mengawal paras gula darah. Bagi meningkatkan kealkalian dalam badan dan memastikan gula darah sentiasa dalam kawalan:

1. Kurangkan tekanan fizikal dan mental – pelajari bagaimana untuk bertenang

2. Tidur awal – penyelidik mendapati mereka yang tidur lima jam atau kurang adalah 34% lebih berkemungkinan menghidapi kencing manis berbanding yang tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam.

3. Senaman boleh memejalkan otot dan membakar kalori, menaikkan suhu dalaman badan dan mengembangkan saluran kapilari yang tersumbat agar dapat menyedut sisa buangan yang terpendam dalam sistem.

4. Makan mengikut jenis metabolik anda. Jalani ujian untuk menentukan jenis metabolik dan sebaik sahaja mengetahuinya, makan mengikutnya bagi memastikan pH badan dikekalkan pada tahap optimum.

5. Jauhi minuman ringan, berkarbonat khususnya jenis kola. Selain kandungan gula yang tinggi, ia juga amat berasid.

6. Makan makanan yang pHnya banyak beralkali, dilihat sebagai dapat memulihkan semula kesihatan pankreas:

- Jika mampu, belilah alat pemproses air alkali (contohnya Kangen Mesin keluaran Enegic) Air beralkali kaya dengan ion mineral beralkali seperti ion kalsium, kalium dan magnesium. Dengan minum sekurang-kurangnya lima gelas air alkali setiap hari akan beransur-ansur menurunkan keasidan badan dan membolehkan badan membuang semua sisa buangan yang dikeluarkan.

- Makan makanan yang membentuk alkali seperti (mengikut urutan kealkaliannya): halia, kacang ginjal, bayam, kacang soya, pisang, buah berangan, karot, kulat, strawberi, ubi kentang, lobak, lobak putih, labu besar, keledek, turnip, jus oren, buah epal, putih telur, buah pir, jus anggur, timun, tembikai, terung, kopi, bawang, teh, kacang panjang, susu manusia, susu lembu dan tofu.

7. Herba, suplemen nutrien dan mineral yang menyumbangkan kepada kealkalian.

- Makanan super seperti klorella, spirulina, aphanizomenon flos-aquae, rumput gandum dan rumput barli menambahkan alkali kepada darah. Salah satu formula seperti itu yang saya syorkan kepada pesakit saya ialah “Greens Total” yang diperkuatkan dengan 76 jenis makanan super, herba dan fitonutrien yang membersihkan serta merancakkan sistem badan. Ia juga kuat mengalkalikan.

- Suplemen kalsium yang baik. (Kangen alkali water, gum arabic dan madu adalah suplemen yang amat baik)

8. Lain-lain suplemen penting untuk pesakit kencing manis

- Dalam semua keadaan gula darah tinggi, adalah penting untuk memastikan pesakit mengambil diet yang sesuai, iaitu yang rendah gula dan kanji serta mengambil suplemen formula multivitamin khas untuk pesakit kencing manis yang mengandungi nutrien penting seperti Asid Alfa Lipoik, Kromium, Biotin dan Vanadium untuk membantu menguruskan paras gula darah. Ini merupakan 4 nutrien penting untuk pesakit kencing manis kerana ia membantu meningkatkan sensitiviti insulin, menstabilkan paras gula darah dan mencegah perkembangan komplikasi kencing manis.

- Herba seperti pati kayu manis dengan Banaba juga penting kerana mempunyai ciri-ciri yang boleh menurunkan paras gula darah. Pilihlah pati kayu manis larut air yang dipiawaiankan kerana ia mengandungi Polifinol jenis A Polimer yang dapat meningkatkan aktiviti insulin sebanyak 20 kali, oleh itu ia membuatkan paras gula darah dalam kawalan. Banaba mengandungi asid korosolik yang selamat dan berkesan untuk menurunkan paras gula darah. Bila digabungkan, kedua herba ini berfungsi secara bersinergi dan mengawal paras gula darah.

9. Terapi Bowen: Salah satu teknik yang diamalkan di klinik saya ialah satu bentuk kerja unik dilakukan ke atas badan dan ini mengawal sistem badan serta menyahtoksikkan badan daripada sisa buangan berasid.

10. Gelombang “Far Infrared” - gelombang terapi ini menusuk sedalam kira-kira 2 hingga 3 inci ke dalam kulit dan menaikkan suhu badan untuk mengeluarkan sisa buangan berasid daripada sistem. Salah satu alat seperti itu ialah “FIR Hothouse Dome” yang saya syorkan kepada para pesakit saya.

Ini merupakan beberapa cara dan kaedah yang lazimnya saya masukkan sebagai sebahagian daripada modul rawatan untuk mereka yang menghadapi masalah gula darah. Saya harap rencana ini memberi pendekatan baru yang agak berbeza mengenai kesihatan anda agar ia boleh memberi panduan dalam mencari penyelesaian terhadap masalah penyakit kencing manis anda.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz3CgqWPNsq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Penawar kencing manis pada alam semulajadi


Air kangen berkhasiat merawat kencing manis
Dianggarkan antara 10 hingga 15 peratus orang Malaysia menghidapi penyakit kencing manis jenis II dan hampir 20 peratus lagi mempunyai pra kencing manis. Malangnya, lebih 50 peratus daripada mereka tidak menyedari menghidapinya. Yang menakutkan ialah bukannya penyakit itu sendiri. Namun jika seseorang itu menghidapi penyakit kencing manis, dia menghadapi risiko lebih tinggi untuk menderita tekanan darah tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung kongestif, neuropati, masalah seksual, osteoporosis, kanser, katarak, kegagalan buah pinggang dan penuaan pramasa.

Memahami dua jenis penyakit kencing manis (jenis I dan II)

Mereka yang menghidapi kencing manis jenis I (kencing manis bergantung insulin) akan mengeluarkan hanya sedikit sahaja ataupun tiada langsung insulin, manakala dalam penyakit kencing manis jenis II (kencing manis tidak bergantung insulin) pankreas terus membuat insulin tetapi badan kita mewujudkan penentangan terhadap kesan insulin itu, maka gula darah tidak dapat memasuki sel-sel dengan cekap sehingga ia menghasilkan paras gula darah yang lebih tinggi.

Apa sebenarnya kencing manis?

Apa yang kita ketahui tentang kencing manis jenis II hanyalah penghuraian tentang gejala dan akibatnya. Apa yang kita selalu lakukan ialah merawati gejala sahaja iaitu kandungan gula dalam darah yang tinggi dan bukan merawat penyakit sebenar secara dasarnya.

Rawatan yang hanya menumpukan usaha untuk merendahkan gula darah dalam kencing manis pada masa yang sama akan meningkatkan paras insulin; ini akan memburukkan lagi keadaan bukan mengubati masalah kepincangan komunikasi metabolik.

Apakah faktor yang menyebabkan kencing manis jenis II?

Disglisemia - Penentangan insulin dan kecacatan pengisyaratan leptin

Pesakit kencing manis jenis II dan pra kencing manis akan mengalami disglisemia. Ia keadaan yang melibatkan pelepasan lebih banyak insulin daripada yang boleh ditangani oleh reseptor sel. Penentangan insulin pada umumnya berlaku sebagai tindakbalas terhadap obesiti (kegemukan) dan/atau kurang senaman. Faktor lain termasuklah pengambilan karbohidrat berlebihan terutama gula dan kanji (nasi, roti, pasta, keropok, kuih- muih, bijirin sarapan pagi, dll). Bahan dalam makanan ini akan menaikkan paras glukosa darah secara berlebihan dan sebagai tindakbalas, pankreas akan melepaskan lebih banyak insulin. Tidak lama kemudian, reseptor sel itu akan menjadi tepu, malahan mungkin tertutup sama sekali dan tidak berfungsi lagi. Oleh itu glukosa dan insulin mula terkumpul dalam aliran darah.

Mengapakah keadaan ini berlaku?

Satu sebabnya ialah kekurangan faktor toleransi glukosa (GTF). Ia wujud secara semulajadi dalam struktur badan terutama dalam hepar. Ia membantu mengaktifkan kegiatan insulin dan mengekalkan metabolisme glukosa yang sihat. Adalah dinyatakan bahawa apabila badan kita kekurangan GTF, insulin akan mengalami keaktifan yang rendah. Glukosa yang memasuki aliran darah tidak dapat diangkut dengan cekap ke sel kita dengan itu mengakibatkan kenaikan paras glukosa darah yang tinggi.

Satu sebab lain ialah kecacatan dalam pengisyaratan leptin. Hormon leptin sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap ketepatan pengisyaratan insulin dan menentukan sama ada seseorang itu akan menjadi penentang insulin atau tidak. Leptin, sejenis hormon yang dikeluarkan oleh lemak memaklumkan kepada badan dan otak berapa banyak tenaga dipunyai, sama ada memerlukan lebih banyak tenaga (memberi isyarat kelaparan), atau sama ada ia patut membuang sedikit tenaga (tidak kelaparan) dan apa yang harus lakukan terhadap tenaga yang dipunyainya itu (mengeluarkan semula, meningkatkan kawalan pembaikan selular, atau tidak).

Perubahan gaya hidup

Perubahan terhadap gaya hidup perlu dilakukan untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis. Di sini disyorkan beberapa langkah yang praktik:

1) Rancang pemakanan - apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu:

i) Hapuskan atau kurangkan pengambilan gula - fruktosa, glukosa, sirap jagung, madu, gula sirap, sirap mapel dan jus buah-buahan.

ii) Kurangkan pengambilan karbohidrat tidak berserat: karbohidrat kompleks seperti ubi kentang, nasi, bijirin, pasta, roti, kuih- muih, kek dan pastri.

iii) Makan lebih banyak makanan berserat tinggi, gantikan dengan karbohidrat mudah.

iv) Makan makanan yang mengandungi protein tinggi sihat seperti ikan, telur, daging ayam dan daging putih yang lain dan lemak yang baik seperti minyak zaitun.

2) Senaman

Senaman akan mengurangkan penentangan insulin. Bersenam setiap hari membantu mengekalkan paras gula darah pada tahap rendah. Latihan angkat berat intensiti tinggi dilakukan bersama dengan program pengurangan berat badan yang sederhana, boleh membantu para pesakit kencing manis jenis II memperbaiki pengawalan gula darah.

3) Suplemen semulajadi untuk pesakit kencing manis

Herba-herba penting

Herba-herba tertentu seperti kayu manis, banaba dan kunyit adalah diketahui sebagai dapat membantu memperbaiki toleransi glukosa dan menurunkan paras gula darah. Satu rumusan seperti itu yang saya gunakan mengandungi pati larut air yang dipiawaiankan daripada kayu manis dan dicampur dengan banaba. Kajian-kajian menunjukkan pati kayu manis yang larut air boleh meningkatkan kegiatan insulin sehingga beberapa kali ganda. Banaba, sejenis herba yang berasal dari Filipina mengandungi sejenis jisim yang dikenali sebagai asid corosolic dan ia mempunyai ciri-ciri yang dapat menurunkan glukosa darah.

4) Suplemen nutrisi lain

i) Asid alfa lipoik: Dianggap sebagai nutrien penting bagi para penghidap kencing manis.

Dos pengambilannya berjulat antara 50mg hingga 600mg bergantung kepada keparahan masalah itu.

ii) Vanadium: Ia telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan glukosa bagi mereka yang menghidapi kencing manis jenis II dengan meningkatkan sensitif insulin. Kerana kemungkinan kesan-kesan seperti insulin yang diperolehi daripada vanadium maka kekurangan mineral surih ini hendaklah sentiasa dijaga bagi mereka yang mengalami ketidaknormalan gula darah.

iii) Kromium: Meningkatkan bilangan reseptor insulin pada sel-sel dan juga kegiatan reseptor tersebut.

iv) Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan Biotin merupakan pembawa tenaga bio dalam metabolisme selular; meningkatkan keberkesanan metabolik, terutama sekali pada sel-sel hepar, unit pusat bagi metabolisme badan.

v) Vitamin E: Bertindak sebagai pelindung antioksidan bagi membran-membran sel.

vi) Vitamin C: Membetulkan ketidakseimbangan selular yang disebabkan oleh paras gula darah yang tinggi, menyumbangkan terhadap keperluan insulin yang lebih rendah, mengurangkan penyingkiran glukosa dalam air kencing dan melindungi dinding- dinding arteri.

vii) Minyak Ikan: Minyak ikan atau Omega 3 telah pun terbukti sebagai dapat membantu menurunkan gula darah. Ia juga mengekalkan aliran darah yang sihat, terutama sekali dari segi peredaran mikro dan juga ia mempunyai sifat anti inflamasi yang mujarab.

Jika anda seorang penghidap kencing manis atau pra kencing manis, maka keperluan nutrisi anda adalah berbeza. Oleh yang demikian, pilihlah multivitamin dan suplemen mineral yang telah diperkuatkan dengan asid alfa lipoik, vanadium, kromium dan biotin yang berpotensi lebih tinggi serta ditambahi dengan ramuan yang tersebut di atas demi untuk mengoptimumkan kesihatan dan mencegah penyakit.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0601&pub=utusan_malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz3CgX3d6P3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Punca penyakit

Air Kangen mampu membersih usus
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami), dari sabda junjungan besar ini dapat kita mengerti dan fahami bahawa perut atau stomach yang merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

Terdiri dari dua bahagian iaitu usus besar (kolon) sebagai tempat menyimpan dan mengeliminasi sisa makanan, menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit, dengan cara menyerap air dan mendegradasi bakteri. Usus Kecil pula berfungsi sebagai tempat mencerna makanan secara kimiawi dan menyerap sarimakanan untuk tubuh melalui vili (lekukan usus) menuju hati sebagai agen peneutral racun terpenting dan selanjutnya disebarkan keseluruh tubuh melalui darah. Beginilah secara ringkasnya kerja usus kita setiap hari.
amalkan mengambil 2.5 liter sehari air kangen semasa perut kosong untuk menghasilkan usus yang bersih mampu memberi anda therapy kesihatan secara holistik......
Pembersihan usus adalah satu fungsi Air Kangen. Dalam tempoh masa yg panjang, usus akan menjadi kotor dgn toksik yg melekat di dinding usus. Ini akan menjadikan darah bertoksik. Fungsi Air Kangen ialah membersihkan kotoran ini dan membuangnya melalui pembuangan air besar. Hasilnya usus akan menjadi bersih seperti usus kanak-kanak. Darah akan menjadi bersih, organ-organ badan yg lain tidak rosak kerana toksik dari usus ini. Jadi amalkan mengambil 2.5 liter sehari air kangen semasa perut kosong untuk menghasilkan usus yang bersih.

Kenapa terjadinya komplikasi penyakit, Komplikasi Penyakit bermaksud suatu keadaan atau kondisi dimana seseorang mengalami dua penyakit atau lebih secara bersamaan yang kebanyakan penyakit yang kedua atau seterusnya muncul sebagai tambahan atau lanjutan penyakit yang terdahulu.

Komplikasi biasanya disebabkan oleh oleh satu penyakit terdahulu yang sudah ada dalam tubuh seseorang secara sedar atau tidak, lama kelamaan melemahkan sistem dan organ lain secara bersamaan.

Masaalah komplikasi Penyakit akan dialami oleh manusia secara umum apabila sistem cardiovascular (sistem peredaran darah) dan sistem pencernaannya terganggu. Disinilah punca terjadinya penyakit-penyakit lain.

Sistem peredaran darah sangat penting begitu juga sistem pencernaan, video dibawah membawa anda memahami bagaimana kolun yang kotor membawa kesan komplikasi penyakit kepada seseorang. Mencuci usus secara alami adalah sangat penting untuk mengelakkan terjadinya komplikasi penyakit.. Mengamalkan air kangen sebagai therapy inshaallah mampu memberi kesembuhan secara holistik dan menyeluruh.



Bagaimana kekotoran usus yang menghalang segala nutrisi dan zat makanan diserap secara alami oleh organ pencernaan usus manusia, ketika ini segala ubatan dan supliment sudah tidak berguna lagi sehinggalah usus dibersihkan seperti asal dan proses pencernaan dan penyerapan zat makanan dioptimumkan.


Air adalah satu rahmat


I love water
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada alam jagat khususnya manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen. Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika manusia tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian. Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi. Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 30: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup."

Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke ginjal dan air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi. Air akan menjalankan proses detoksifikasi, menghalang dehidrasi dan penyakit.
Mengikut kata guruku Dr.Ibrahim Jawwad " Bermulanya penyakit kronik sebab bermulanya kelainan pada fungsi ginjal dan hati "
Oleh kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh. Kekurangannya 'memaksa', ginjal bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan ginjal gagal berfungsi dengan baik. Mengikut kata guruku Dr.Ibrahim Jawwad " Bermulanya penyakit kronik sebab bermulanya kelainan pada fungsi ginjal dan hati "  Lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Jika air di dalam tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan kuat.

Pengambilan air bersih dan mencukupi boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal dan tidak sihat. Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh masaalah kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sakit sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi,gagal ginjal dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi.

Air boleh terangsang.

Rahsia keindahan kristal molekul air Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendedikasi hidupnya mengkaji perubahan bentuk kristal molekul air yang didedahkan kepada pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati, apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan positif, air membentuk molekul kristal indah.

Dalam satu eksperimen, air yang didedahkan kepada doa agama Shinto dibekukan, didapati mempunyai molekul bentuk kristal bersegi enam yang indah. Eksperimen diulang dengan perkataan Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun) dibacakan di depan botol air. Hasilnya, terbentuk kristal molekul sangat indah. Keputusan sama berlaku apabila air dihadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato".

Dr. Masaru turut mendedahkan air kepada bacaan doa mengikut agama Islam. Hasilnya? kristal molekul air membentuk kristal indah segi enam lima cabang daun berkilau indah. Beliau menggunakan air zam-zam dan mendapati ia terdiri daripada kristal molekul air bercabang dan berkilauan. Itulah kuasa Allah. Eksperimen turut mendedahkan pengaruh negatif kepada air. Apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, didapati kristal molekul air tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur dan buruk. Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa.

Dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek yang baik untuk diamalkan pesakit. Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.

Dalam Kitab Sahih Imam Bukhari ada diriwayatkan hadis tentang jampi dengan al-quran. 5295. Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Ghundar telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abu Bisyr dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa’id Al Khudri radliallahu ‘anhu bahwa ada beberapa orang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke satu perkampungan dari perkampungan Arab, orang-orang kampung tersebut tidak menerima mereka sebagai tetamu, ketika mereka dalam keadaan seperti itu tiba-tiba seorang ketua mereka terkena sengatan binatang berbisa, lalu mereka pun berkata; “Apakah diantara kalian ada yang mempunyai ubat, atau seorang yang bisa berbomoh?” lalu para sahabat Nabi pun berkata; “Ada tapi sesungguhnya kalian tidak mau menerima kami, maka kamipun tidak akan melakukannya sehingga kalian menentukan upah kepada kami, ” akhirnya mereka pun berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing.”Lalu seorang sahabat Nabi membaca Ummul Qur`an dan mengumpulkan ludahnya seraya meludahkan kepadanya hingga laki-laki itu sembuh, kemudian orang-orang kampung itu memberikan kepada para sahabat Nabi beberapa ekor kambing tadi.” Namun para sahabat Nabi berkata; “Kita tidak akan mengambilnya hingga kita bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hal ini, ” lalu mereka bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang pemberian itu hingga membuat beliau tertawa. Beliau bersabda: “Mana kamu tahu bahwa Fatihah itu jampi?, ambillah pemberian tersebut dan berilah satu bahagian untukku.”

Teori Dr. Masaru Emoto mengenai perubahan kristal molekul air boleh menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.

Kehebatan Air Zamzam

Rahsia kehebatan air zam-zam terserlah apabila rahsia Kaabah disingkap. Di bawah empat penjuru (empat segi) bentuk Kaabah terkandung rahsia air bersifat alkali. Sifat kealkalian air zamzam sangat bermanfaat untuk keseimbangan asidisasi dalam tubuh, tubuh seharusnya tidak terlalu berasid. Excess Body Acidity (aka EBA) ialah keasidan badan berlebihan, ia memaksa badan untuk meminjam mineral termasuk kalsium, natrium, kalium, dan magnesium daripada organ-organ dan tulang dan penting untuk penampan (meneutralkan) asid dan selamat keluarkan dari badan. Inilah faktor  yang melemahkan sistem alami tubuh anda membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada keuzuran. Semakin lama semakin banyak jumlah asid yang anda terkumpul ke dalam sistem badan, Oleh itu, pH badan anda jatuh dan persekitaran dalaman menjadi lebih berasid.

Air zam-zam punya keajaiban tersendiri, merakam segala niat jemaah secara gema gelombang, penyerahan harus diniatkan dengan baik seperti memohon keampunan, murah rezeki, penyembuhan penyakit, keinsafan dan sebagainya. Setelah seseorang itu melakukan tawaf tujuh kali pusingan, di situ berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) memberikan kesan positif terhadap tubuh badan setiap Muslim yang melakukan ibadah tawaf. Jemaah akan terasa begitu hening, tenang dan lapang. Segala doa dari para ribuan jemaah setiap hari yang mengelilingi Kaabah semasa melakukan ibadah tawaf dilakukan hampir 24 jam tanpa henti kecuali waktu solat fardu dan segala ibadah lain seperti solat dan membaca kitab Al Quran dirakamkan oleh molekul air zam-zam.

Ini membentuk keindahan dan pesona kristal molekul air zam-zam bila kita bandingkan dengan kristal molekul air lain. Air penawar yang suci bersih merupakan satu elemen penting dalam perubatan Islam. Bemula dari air wudhu' yang disyariatkan sebagai kunci ibadah perlu menggunakan air mutlak yang suci lagi menyucikan hinggalah air minum sehari-hari wajib bersih dari segala kotoran.

Kombinasi air dan al-quran ibarat gabungan therapy langit dan bumi. Allah menceritakan perihal penggunaan ayat sebagai ubat penawar manusia. Firman Allah dalam Surah al-Israa' ayat 82: "Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadaNya". Dan dalam Surah Fussilat ayat 44: "Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk & penawar bagi orang yang beriman".

Sebaik-baik air penawar yang harus diguna adalah air zam-zam. Kita semua ketahui bahawa 70 peratus tubuh manusia terdiri daripada air termasuk setiap sel dalam tubuh. Apabila kita membaca ayat al-Quran seperti lafaz basmalah untuk penyembuhan, kuasa mukjizat ayat al-Quran akan mengubah setiap molekul dalam badan pesakit termasuk setiap sel. Apabila air di dalam sel bertukar struktur molekul dengan pembacaan ayat al-Quran, dengan sendiri sel menjadi lebih sihat dan meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Bila sistem metabolisma ketahanan tubuh pesakit meningkat, ia membolehkan tubuh pesakit menentang segala kuman atau virus yang menjadi punca penyakit. Konsep ini juga digunakan untuk melawan sel abnormal yang menjadi punca penyakit seperti kanser dan sebagainya. Percayalah apabila air dibacakan ayat al-Quran, ia menjadi sesuatu berbeza dan insyaAllah sebagai ubat. Kehebatan al-Quran terbukti sejak sekian lama.

Air kangen yang diinspirasi dari sumber mata air ajaib sangat baik untuk diamalkan bagi menjaga kesihatan dan mampu merawat penyakit dengan izin tuhan, anda cuma perlu mengkonsumsi air kangen secara rutin anda mampu mengubah hidup anda dari baik kepada lebih baik, kesempurnaan ibadat dan kehidupan bermula dari tubuh yang sehat, sayangi diri anda sebagai amanah dari yang Maha Pemurah.

Adakah air zamzam tidak sihat untuk diminum..!!!

Keindahan molekul air zam zam
TIDAK ramai orang mengetahui bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter air pada musim haji dan tidak pernah kering walaupun sekali. Pernah seorang ilmuwan diperintahkan oleh Raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar daripada seorang doktor dari Mesir mengenai air zam-zam. Berapa juta liter air zam-zam yang diambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara ringkas.

Jika jemaah haji yang datang dari seluruh dunia pada setiap musim haji berjumlah lebih kurang dua juta orang. Semua jemaah diberi lima liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika dua juta orang membawa pulang masing-masing lima liter air zam-zam ke negaranya, ini sudah menjadi 10 juta liter. Di samping itu sepanjang berada di Mekah, katakan kebanyakan jemaah haji tinggal selama 25 hari di sana dan setiap orang menghabiskan satu liter sehari. Maka jumlahnya sudah mencapai 50 juta liter.

Pada 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada media di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum. Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu adalah di bawah garis permukaan laut, air zam-zam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zam-zam.
Berita itu telah sampai ke pengetahuan Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar contoh air zam-zam ke makmal-makmal di Eropah untuk dilakukan uji kaji. Tariq Hussain seorang ahli kimia yang bekerja di Institut Peresapan Air Laut untuk air minuman di Jeddah ditugaskan melakukan penyelidikan.
Zamzam well
Pada awal memulakan tugasnya, Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya. Ketika sampai dalam telaga zam-zam, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran "kolam" telaga itu hanya 18x14 kaki sahaja (kira-kira 5x4 meter). Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil itu boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap kali musim haji dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang silam semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan beliau menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11 hingga 18 liter air perdetik dengan demikian setiap minit sejumlah 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang menakjubkan. Tariq mula mengukur kedalaman air telaga zam-zam dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya lima kaki lapan inci.
Kemudian dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apa-apa pun. Dia berfikir mungkin air telaga itu diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Jika begitu keadaannya maka dia boleh melihat turun naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, Tariq tidak menemui gerakan air yang mencurigakan dan alat yang dapat mendatangkan air dalam jumlah yang besar.
Seterusnya dia meminta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam di tempatnya sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil mana pun. Setelah melakukan proses tersebut dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak: "Alhamdulillah, saya temuinya! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku dan air itu keluar dari dasar telaga." Lalu pembantu Tariq diminta berputar mengelilingi telaga ketika tiba masa penghisapan air oleh paip air untuk keluar. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum dipam.
Aliran air yang keluar sama besarnya di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar. Sementara itu, hasil penyelidikan contoh air zam-zam di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan air zam-zam mengandungi zat fluorida yang berkesan membunuh kuman seperti sudah mengandungi ubat. Perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil dan sama dari sejak terbentuknya telaga itu. "Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Nabi SAW menjelaskan: "Sesungguhnya air zam-zam ini air yang sangat diberkati, ia adalah makanan yang mengandungi gizi."
Nabi SAW menambahkan: "Air zam-zam bermanfaat untuk apa sahaja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh daripada penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman daripada Allah untuk Ismail." (riwayat Darulqutni, Ahmad, Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas)
Rasulullah SAW pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas daripada kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan air zam-zam itu digunakan Rasulullah untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah iaitu;
- Kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
- Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
- Yang menakjubkan lagi, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam. Air zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
 -Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga zam-zam tetap berair. Air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.Beberapa ulama fikah mencadangkan agar jemaah haji dan umrah membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam dapat menjadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Artikel Penuh: Oleh IBRAHIM ABDULLAH © Utusan Melayu (M) Bhd

Rahsia kelainan pada tubuh kita.

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan

Assalamualaikom buat visitor semoga dirahmati, setiap gerak diam duduk bangun naik turun sakit atau tidak ada rahsia dan hikmah disebaliknya, tidak ada satu benda pun yang berlaku dengan sia-sia kecuali ada maksud yang tersirat dan tersembunyi, tidak semua orang mampu mengungkap rahsia disebalik tabir, alhamdulillah artikel dibawah sedikit sebanyak mengungkap dan menyingkap tabir rahsia dan rahsia diri, menjadi signal awal dan indicator apa yang sedang berlaku didalam diri kita.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh 
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout)
.ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas tangan kiri dan lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan SERANGAN sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit tapak kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit tumit kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa panas di tapak kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di celah-celah jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

SUMBER:
Pn. Rusnani OmarPenolong PendaftarUnit Keselamatan & kesihatan PekerjaanUniversiti Malaysia Perlis

Top