Keindahan molekul air zam zam |
Jika jemaah haji yang datang dari seluruh dunia pada setiap musim haji berjumlah lebih kurang dua juta orang. Semua jemaah diberi lima liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika dua juta orang membawa pulang masing-masing lima liter air zam-zam ke negaranya, ini sudah menjadi 10 juta liter. Di samping itu sepanjang berada di Mekah, katakan kebanyakan jemaah haji tinggal selama 25 hari di sana dan setiap orang menghabiskan satu liter sehari. Maka jumlahnya sudah mencapai 50 juta liter.
Pada 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada media di Eropah
bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum. Pendapatnya berdasarkan
bahawa kota Mekah itu adalah di bawah garis
permukaan laut, air zam-zam itu berasal dari air sisa buangan penduduk
kota Mekah yang meresap, kemudian terbawa bersama-sama air hujan dan
keluar dari telaga air zam-zam.
Berita itu telah sampai ke pengetahuan Raja Faisal yang kemudian
memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah
ini dan menghantar contoh air zam-zam ke makmal-makmal di Eropah untuk
dilakukan uji kaji. Tariq Hussain seorang ahli kimia yang bekerja di Institut Peresapan
Air Laut untuk air minuman di Jeddah ditugaskan melakukan penyelidikan.
Zamzam well |
Penyelidikan beliau menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh
mengeluarkan air sebanyak 11 hingga 18 liter air perdetik dengan
demikian setiap minit sejumlah 660 liter air akan dihasilkan, itulah
yang menakjubkan. Tariq mula mengukur kedalaman air telaga zam-zam dan meminta
pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai
sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya lima kaki lapan
inci.
Kemudian dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada
cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu
tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apa-apa pun. Dia
berfikir mungkin air telaga itu diambil dari luar melalui saluran
pam berkapisiti besar. Jika begitu keadaannya maka dia boleh melihat
turun naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, Tariq tidak menemui gerakan air yang
mencurigakan dan alat yang dapat mendatangkan air dalam jumlah yang
besar.
Seterusnya dia meminta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu
menyuruh berdiri dan diam di tempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil
mana pun. Setelah melakukan proses tersebut dengan cermat, pembantunya
tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak: "Alhamdulillah,
saya temuinya! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku dan air
itu keluar dari dasar telaga." Lalu pembantu Tariq diminta berputar
mengelilingi telaga ketika tiba
masa penghisapan air oleh paip air untuk keluar. Dia merasakan bahawa
air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum dipam.
Aliran air yang keluar sama besarnya di setiap titik di semua
kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan
yang besar. Sementara itu, hasil penyelidikan contoh air zam-zam di Eropah dan
Arab Saudi menunjukkan air zam-zam mengandungi zat fluorida yang
berkesan membunuh kuman seperti sudah mengandungi ubat. Perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah
dan sekitar Arab adalah kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan
kedua mineral itu lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah
air zam-zam dapat menyegarkan jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa
stabil dan sama dari sejak terbentuknya telaga itu. "Rasanya" selalu
terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang
setiap tahun. Nabi SAW menjelaskan: "Sesungguhnya air zam-zam ini air
yang sangat diberkati, ia adalah makanan yang mengandungi gizi."
Nabi SAW menambahkan: "Air zam-zam bermanfaat untuk apa sahaja yang
diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh
daripada penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau meminumnya
agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia
adalah air tekanan tumit Jibril, minuman daripada Allah untuk Ismail."
(riwayat Darulqutni, Ahmad, Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas)
Rasulullah SAW pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan
bekas daripada kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan air
zam-zam itu digunakan Rasulullah untuk memercikkan kepada orang sakit
dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti
bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain. Kandungan airnya
berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah iaitu;
- Kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga
lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
- Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
- Yang menakjubkan lagi, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam. Air zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
-Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam
keadaan kering, telaga zam-zam tetap berair. Air zam-zam memang tidak
pernah kering sepanjang zaman.Beberapa ulama fikah mencadangkan agar
jemaah haji dan umrah membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya
kerana air zam-zam dapat menjadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
No comments: