Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu" atau Gum Arabic ini. Ia juga dikenali sebagai Gum Acacia, Arabian Sweet Gum, al-Manna dan Gum Arab.

Gum Arabic atau Al-Manna ini sangat baik dimakan sebagai prebiotik, ia juga merupakan antioksidan yang amat baik,  pesakit buah pinggang, gout, masalah asid urik berlebihan dan lain-lain.

Getah Arab (Gum Arabic) sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industeri perubatan, makanan dan solek antarabangsa.

Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Bahan ini kini terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa jenis roti dan juga kapsul kebanyakannya di impot dari Barat.

Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.

Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Khasiat gum arabic ini dibuktikan lagi dengan temetrainya usahasama penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM. Universiti ini terlibat dalam suatu usahasama tiga pihak antara kerajaan, universiti dan sewasta untuk meningkatkan pengenalan terhadap khasiat kesihatan dari getah ini.


Pihak kerajaan terdiri dari Lembaga Gum Arabic Sudan (GAB) dan Kedutaan Besar Sudan di sini manakal UKM adalah rakan universiti dan pihak sewasta pula diwakili Natural Prebiotic Sdn Bhd dan pengarahnya Ramli Sani yang mencetuskan usaha kolaborasi ini.

Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dilasis tiga kali seminggu kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu selama tujuh bulan buah pinggangnya sudah puleh dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini tidak lagi perlu menjalani rawatan itu.

Beliau terlibat menjalankan beberapa project kontrek di Sudan dan kini adalah setiausaha agung Dewan Perniagaan Malaysia Sudan. Pengalamannya menggunakan getah Arab itu telah membawanya kepada Profesor Dr Aminah Abdullah, Felo Utama di Sekolah Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi UKM hingga membawa kepada termeterainya surat hasrat mengadakan hubungan antara mereka.

Sumber :-



Blog Ust.Mohamad pengedar dan penjual Gum Arabic gred terbaik.
contact number: 013-6402967
- http://gumarab.blogspot.com
- www.ukm.my. News Portal UKM

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top